Saturday, August 02, 2008

 

Bertemu lagi !! Masa untuk melabur?

Terlalu lama menyepi, sibuk dengan tuntutan tugas harian dan keluarga - kekangan masa membuat saya tidak kesempatan untuk menulis.

Adakah sekarang masa sesuai yang untuk melabur? Dengan ekonomi serantau yang tidak menentu, bermula dengan krisis sub-prima di US diikuti peningkatan harga minyak, inflasi yang mencecah 7.7% serta suasana politik negara yang tidak menentu - adakah masa yang tepat untuk memasuki pasaran?

Strategi 'cost dollar averaging' mungkin nampak menarik dalam membuat keputusan untuk melabur dalam unit trust dalam keadaan pasaran sekarang. Satu perkara yang perlu difikirkan, adakah pasaran telah mula mengukuh? Indek BSKL pada 1 Ogos 2008 ditutup pada 1159.10 mata setelah jatuh daripada rekod tertinggi 15++ sebelum pilihanraya ke 12. Dan kalau tidak silap, BSKL pernah merudum keparas 7++ suatu masa dulu, sekitar tahun 1998. Tidak mustahil kitaran ini akan berlaku lagi.

Jadi adakah perlu menunggu sehingga indek mencecah 7++ mata? Atau sekarang indek BSKL pada fasa reversal? Perlu diingatkan, amalkan strategi 'cost dollar averaging' dalam keadaan uptrend market.

Dalam keadaan yang tidak menentu, sediakan tabungan sebagai persediaan untuk memasuki pasaran bila market telah kukuh. Biasanya kita sering terlepas peluang keemasan - tiada modal bila peluang ada di depan mata!!

Sebagai pilihan, saya kini beralih kepada pelaburan emas. Dalam keadaan US dollar yang lemah, harga minyak yang mahal - emas merupakan pilihan terbaik.

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?