Saturday, January 16, 2010

 

.....kenangan masa lalu kembali mengusik perasaan

Sejak sekian lama tiada berita..terputus hubungan, bukan kerana sukar untuk mencarinya - tetapi mungkin tiada gunanya untuk mengingatinya lagi...walau pun bayangannya sering muncul tak kala bercerita kisah lampau......

Mengingati kembali masa lalu, ...adalah penawar di kala melalui hari - hari sukar....lalu demi kerana itulah amat sukar menolak daripada mengenangnya....walau pun semua itu amat pedih dirasakan.....

Kasih terlerai tanpa sebarang alasan....tidak ingin mengetahuinya....kerana semuanya telah ditentukan....lalu apa perlunya bertanya lagi....


Tahun 2010, kembali membangkit rasa ghairah yang sepi bertahun - tahun lamanya....sejak nama ini dibisikkan ke telinga...keinginan membuak untuk mengetahui keadaan dirinya dan di manakah dia? Keinginan ini bukan untuk menyambung semula impian yang musnah...kerana haluan telah berbeza...

Kerinduan ini hanyalah untuk berkongsi kenangan indah bersama..............

Monday, January 11, 2010

 

Investment Link

Pagi jumaat lepas 8 Januari 2010, saya berkesempatan mendengar presentation berkenaan dengan satu produk investment link yang digabungkan dengan simpanan. No komen!!

Sejujurnya, saya tidak berminat. Memilih instrument pelaburan perlulah sesuai dengan profile kita sebagai pelabur disamping produk yang bagus!!

Seawal berjinak dengan unit trust, pernah hadir talk berkenaan dengan investment link ni. Bagaimana pun kedua - dua investment ini telah kurang menarik perhatian saya.

Jika kita boleh manage pelaburan kita, kenapa perlu beri kepada orang invest untuk kita? Duit kita, kita urus sendiri..untung rugi sendiri tanggung!! tiada sesalan!!!

Saturday, August 02, 2008

 

Bertemu lagi !! Masa untuk melabur?

Terlalu lama menyepi, sibuk dengan tuntutan tugas harian dan keluarga - kekangan masa membuat saya tidak kesempatan untuk menulis.

Adakah sekarang masa sesuai yang untuk melabur? Dengan ekonomi serantau yang tidak menentu, bermula dengan krisis sub-prima di US diikuti peningkatan harga minyak, inflasi yang mencecah 7.7% serta suasana politik negara yang tidak menentu - adakah masa yang tepat untuk memasuki pasaran?

Strategi 'cost dollar averaging' mungkin nampak menarik dalam membuat keputusan untuk melabur dalam unit trust dalam keadaan pasaran sekarang. Satu perkara yang perlu difikirkan, adakah pasaran telah mula mengukuh? Indek BSKL pada 1 Ogos 2008 ditutup pada 1159.10 mata setelah jatuh daripada rekod tertinggi 15++ sebelum pilihanraya ke 12. Dan kalau tidak silap, BSKL pernah merudum keparas 7++ suatu masa dulu, sekitar tahun 1998. Tidak mustahil kitaran ini akan berlaku lagi.

Jadi adakah perlu menunggu sehingga indek mencecah 7++ mata? Atau sekarang indek BSKL pada fasa reversal? Perlu diingatkan, amalkan strategi 'cost dollar averaging' dalam keadaan uptrend market.

Dalam keadaan yang tidak menentu, sediakan tabungan sebagai persediaan untuk memasuki pasaran bila market telah kukuh. Biasanya kita sering terlepas peluang keemasan - tiada modal bila peluang ada di depan mata!!

Sebagai pilihan, saya kini beralih kepada pelaburan emas. Dalam keadaan US dollar yang lemah, harga minyak yang mahal - emas merupakan pilihan terbaik.

Thursday, September 14, 2006

 

Melabur Dalam Amanah Saham : Wajarkah Meminjam?

Salam sejahtera.

Pagi tadi saya menerima ‘brochure’ dari sebuah bank terkemuka tempatan yang menawarkan skim pembiayaan bagi melabur dalam sebuah dana amanah saham berharga tetap.

Tambah menarik, skim pembiayaan tersebut menawarkan perlindungan insurans bagi baki pinjaman yang belum dijelaskan. Mereka mengatakannya sebagai ‘sambil menyelam minum air’. Nampak bagus!.

Bagaimana pun saya ingin bertanya, dalam air yang bagaimanakah kita menyelam dan apakah jenis air yang kita diberi minum? Kalau air Zam-Zam teringin juga!!

Berbalik kepada pembiayaan tersebut. Pembayaran balik bulanan berdasarkan KPA -0.10% ( 6.65% dengan KPA semasa 6.75%).

Adakah KPA -0.10% berterusan sehingga tempoh (tahun) pembiayaan tamat ? Berdasarkan pengamatan saya terhadap pakej sebelum ini, bank yang sama mengenakan KPA +0.1% pada setiap tahun sehingga tamat tempoh pembayaran balik.

Wajarkah kita meminjam bagi tujuan melabur dalam amanah saham? Tiada jawapan yang tepat. Ianya bergantung kepada diri sendiri. Apakah yang kita mahu? Apakah objektif kita melabur? Siapakah kita sebagai pelabur?

Minima pembiayaan yang ditawarkan ialah RM 30,000 dan maksima RM 200,000.00. Tempoh bayaran balik ialah dari 5 tahun hingga ke 20 tahun.

Saya ingin mengambil contoh pembiayaan berjumlah RM 50,000.00 dan bayaran balik selama 20 tahun:

Jumlah pinjaman : RM 50,000.00

Tempoh bayaran balik : 20 tahun (240 bulan)

Bayaran balik sebulan : RM 377.22

Jumlah bayaran balik : RM 90532.80
(240 bulan)

Berapakah nilai pelaburan anda pada tahun ke 20?

Saya mengandaikan dana amanah saham tersebut memberikan purata pulangan sebanyak 10% (compounded interest) :

Maka nilai pelaburan RM 50,000.00 : RM 336,375.00
( 10 % setahun )

Bayaran balik (RM 377.22 @240 bulan) : RM 90,532.80

Keuntungan bersih : RM 245,842.20


Berapakah keuntungannya jika kita melabur dalam amanah saham tanpa meminjam?

Berdasarkan kepada bayaran balik di atas iaitu RM 377.22 dan purata pulangan 10% setahun;

Jumlah pelaburan setiap bulan : RM 377.22

Tempoh pelaburan : 20 tahun (240 bulan)

Jumlah pelaburan (pokok) : RM 90,532.20
(240 bulan)

Nilai pelaburan pada tahun ke 20: RM 273,102.27
( purata 10% setahun )

Perbezaan:

Nilai pelaburan bulanan : RM 273,102.27
(RM 377.22 sebulan/240 bulan)

Nilai pelaburan RM 50,000 : RM 245,842.20
(tolak bayaran balik pinjaman)

beza : RM 27,260.07


Mana satukah untung? Melabur melalui pinjaman atau melabur secara tetap setiap bulan?

Lihat kepada diri kita. Kemampuan kita. Disiplin diri kita.

Jika kita boleh membuat bayaran balik RM 377.22 setiap bulan selama 240 kali ke dalam akaun bayaran balik pinjaman bank tidakkah lebih baik kita masukkan terus
RM 377.22 ke dalam akaun pelaburan amanah saham kita?

Tidak perlu bersusah payah.

Masih bank yang sama.

Masih kaunter bank yang sama.

Tetap 240 kali kita pergi ke bank yang sama.

CUMA: masukkan dalam akaun amanah saham BUKAN akaun bayaran balik pinjaman

Tidakkah anda mahu untung RM 27,260.07 hanya dengan menyimpan duit melalui penggunaan slip yang berlainan? Daripada slip bayaran pinjaman kepada slip pelaburan tambahan. Kedua-dua slip ini ada didepan anda bila anda berada di bank. Pilihlah!!

Tiada modal diperlukan. Slip bayaran pinjaman disediakan. Slip penambahan pelaburan pun disediakan. Malah pen pun disediakan oleh pihak bank !!

CUMA: Gunakan kebijaksanaan anda!!!. Berfikir tidak dikenakan bayaran. Percuma.

UNTUNG: RM 27,260.07 !!!

Bagaimana pula dengan perlindungan insuran bagi baki pinjaman tidak berbayar?

Bagi saya tiada faedah pun!!! Saya akan menulis perkara ini kemudian.

Dah ngantuk!!

Terima kasih.

Wednesday, September 06, 2006

 

Sejarah berulang!!

Salam sejahtera.

Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada pelabur, satu billion unit tambahan ASW2020 dibuka untuk jualan pada 1 Sept 2006 oleh PNB. Dengan rekod pulangan yang konsisten, unit-unit amanah PNB sentiasa mendapat sambutan hangat daripada pelabur-pelabur.

Berita Harian 2 Sept 2006, melaporkan 49% daripada 1 billion unit tersebut habis dilanggan dalam masa 27 minit sahaja!!!.

Menurut satu kenyataan PNB di Kuala Lumpur, “49% unit baru ASW2020 yang diperuntukkan khas kepada bukan bumiputera habis dilanggan pada pukul 9.57 pagi, sebaik sahaja kaunter dibuka pada 9.30 pagi”

Satu rekod baru !! Tahun lepas bukan bumiputera mengambil masa 2 jam untuk melanggan habis semua unit amanah yang diperuntukkan kepada mereka.

Maknanya: 51% unit baru ASW2020 yang diperuntukkan kepada bumiputera masih boleh dibeli pada bila-bila masa. Tidak perlu berkejar. Atur langkah dengan sebaiknya, berlengganglah dengan bergaya - unit amanah ASW2020 sedia menunggu untuk dilamar! Tidak perlu gopoh-gapah!

Seorang pembaca bukan bumiputera menulis dalam The Star 4 Sept 2006, melahirkan kekecewaannya kerana gagal melabur. Pelabur ini bersama-sama ratusan pelabur telah mula berbaris seawal pukul 4.00 pagi lagi di pejabat PNB Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Apakah sebabnya sehingga membuat mereka ini sanggup berbaris dari pukul 4.00 pagi hanya kerana ingin melabur? Hanya kerana ingin menyimpan wang? Penting sangatkah menyimpan wang? Apakah ini kegilaan bentuk baru era digital?

Bertuahnya hidup di Bumi Melayu ini – saya tidak perlu berbaris untuk menyimpan wang. Saya tidak perlu bangun seawal 4.00 pagi hanya kerana ingin melabur! Simpati saya kepada rakan bukan bumiputera!!

Sedikit sahaja yang saya kesalkan: Saya masih perlu berbaris, berasak-asak di JOM HEBOH !!! DIKONSERT HIBURAN!!!

Apakah perbezaannya?

Sunday, September 03, 2006

 

Ringkasan Belanjawan 2007

Salam sejahtera. Belanjawan 2007 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri pada
1 September 2006.

Kerajaan mengunjurkan ekonomi negara berkembang pada kadar 5.8%. Pertumbuhan ini diterajui oleh sektor perkhidmatan, pembuatan dan diikuti oleh sektor pertanian.

Indek harga pengguna (IHP) pula meningkat kepada 4.8 peratus pada Mac 2006, tertinggi sejak tujuh tahun, berikutan kenaikan 30% harga runcit petrol pada 28 Februari 2006.

Secara amnya, dengan peningkatan kadar inflasi bermakna kuasa belian pembeli akan berkurangan. Nilai ringgit akan menjadi rendah. Pembeli terpaksa membayar pada harga yang lebih tinggi bagi mendapatkan barangan yang diperlukan.

Dalam terma pelaburan, peningkatan kadar inflasi akan menyebabkan margin keuntungan akan menjadi kecil, tiada pulangan atau pulangan menjadi negatif.

Pelabur yang bijak akan mengambil kira peningkatan kadar inflasi dalam merangka strategi pelaburan mereka. Mempelbagaikan pelaburan kepada beberapa kelas asset merupakan strategi terbaik bagi memaksimun pulangan daripada pelaburan yang dibuat.

Dalam unit amanah, pelaburan dalam ekuiti merupakan kelas asset terbaik untuk mengekang kenaikan inflasi. Sejarah menunjukkan, pelaburan dalam ekuiti memberikan purata pulangan sebanyak 8 -15% setahun.

Oleh sebab itu, sejak sekian lama ekuiti sentiasa menjadi pilihan pelabur yang ingin membina kewangan yang kukuh!!!!

Wednesday, August 16, 2006

 

Salah Faham Dalam Pelaburan Amanah Saham

Salam sejahtera. Awang Selamat dalam ruangan bisik-bisik (Utusan Malaysia – maaf lupa tarikh) mendakwa menerima 100 bukti dari para pelabur yang rugi dalam pelaburan amanah saham.

Awang Selamat bagaimana pun tidak menyatakan tempoh pegangan unit amanah oleh pelabur tersebut. Tempoh pelaburan dalam amanah saham sangat penting bagi menilai prestasi sesuatu dana amanah. Menilai prestasi dana amanah berdasarkan tempoh pegangan yang singkat tidak akan membantu pelabur membuat keputusan yang betul. Malah akan menimbulkan banyak impak yang negatif.

Saya tidak perlukan bukti untuk menyatakan seorang pelabur akan rugi sebaik sahaja melaburkan wang mereka dalam amanah saham. Kenapa? Sebab skim pelaburan amanah saham dirangka untuk manfaat kewangan jangka panjang. Jangan impikan jika anda melabur hari ini - esok, lusa, mingu depan, bulan depan, tahun depan 2 tahun lagi atau 3 tahun lagi anda akan boleh untung!!Lupakan saja!! Tetapi bukanlah mustahil!!!

Tidak juga bermakna, walau pun sudah lama melabur anda akan untung! tidak juga!! Meneliti semula prestasi beberapa dana amanah dalam tempoh 10 atau 20 tahun lepas didapati dana amanah sangat berpotensi untuk dikembangkan sebagai suatu pilihan kepada rakyat untuk menyimpan wang. Sebagai contoh, satu dana amanah yang dilancarkan pada tahun 1981 sehingga kini telah memberikan pulangan sehingga 400% manakala satu lagi dana yang dilancarkan pada tahun 1997 telah memberikan pulangan 117.34% sehingga 30 Jun 2006.

Jadi di mana silapnya? Perlu diakui, bukan semua pelaburan dalam dana amanah membuahkan untung. Ada yang rugi. Kerugian adalah risiko yang perlu diterima oleh pelabur apabila melabur. Bukan dalam amanah saham sahaja. Dalam perniagaan pun begitu. Tetapi apa yang penting, apakah kita telah mengambil langkah-langkah yang perlu dengan menilai semula strategi pelaburan kita? Supaya pelaburan kita menepati objektifnya.

Melabur dalam amanah saham memerlukan kesabaran, disiplin dan strategi yang betul. Pelaburan dalam amanah saham memerlukan sekurang-kurangnya 3 tahun atau lebih bagi menyerap pergerakan harga pasaran sebelum mula menampakkan pertumbuhan modal. Tiada kompromi. Bagaimana pun terdapat pelabur-pelabur yang telah mula mendapat untung pada bulan ke 14. Apakah strateginya? Melabur secara tetap setiap bulan - sebagai satu cara meminimakan risiko.

Amat malang. Sementara kerajaan saban tahun melalui PNB, menganjurkan minggu amanah saham dalam usaha meningkatkan kesedaran rakyat betapa pentingnya menabung, kita dikejutkan oleh laporan yang tidak disertakan fakta-fakta. Laporan sebegini tidak banyak membantu mempromosi indusrti amanah saham di kalangan rakyat.

Lebih menarik, ramai pemimpin termasuk pemimpin kesatuan sekerja turut serta memberi ulasan. Menampakkan keperihatinan mereka membela nasib pekerja. Sepantas kilat memberikan ulasan!! Agak meragukan: sempatkah mengumpul fakta, membuat sedikit analisa??? Atau sekadar untuk memeriahkan suasana!!!

Pelaburan dalam amanah saham ada peraturannya. Ada Suruhanjaya Sekuriti,Ada Pemegang Amanah yang menjaga kepentingan pelabur. Ada Penasihat Syariah, ada UMTC, ada FMUTM. Siapa yang ambil tahu?? Prospectus dana amanah sudahkah habis dibaca, difahami sebelum melabur?? Tak perlu baca!! Biar perunding amanah terangkan?? Prestasi dana dalam tempoh 5 tahun lepas sudahkah diselidik?

Kita hidup di dunia ini, tiada yang percuma. Risiko ada di mana-mana. Memandu, risikonya kemalangan, kecederaan, kematian!! kenapa kita masih memandu? Merokok, risikonya membahayakan kesihatan!! kenapa masih merokok? kenapa kita masih melakukannya tetapi begitu takutkan risiko pelaburan? Ingin berniaga, ingin untung besar tetapi tidak mahu keluarkan modal!!

Seharusnya, kita bersama-sama kerajaan mendidik masyarakat dalam membudayakan amalan menabung, merancang keperluan kewangan pada masa hadapan.

Sekurang-kurangnya, dengan usaha-usaha yang berterusan akan mencetuskan kesedaran: untuk menabung bagi tujuan bayaran yuran sekolah anak-anak tahun hadapan.

Supaya tiada lagi yang mempertikaikan kenaikan yuran sekolah sebanyak RM50 setahun tetapi dengan senyum simpul membayar bil Astro RM 74.95 sebulan.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?