Wednesday, August 16, 2006

 

Salah Faham Dalam Pelaburan Amanah Saham

Salam sejahtera. Awang Selamat dalam ruangan bisik-bisik (Utusan Malaysia – maaf lupa tarikh) mendakwa menerima 100 bukti dari para pelabur yang rugi dalam pelaburan amanah saham.

Awang Selamat bagaimana pun tidak menyatakan tempoh pegangan unit amanah oleh pelabur tersebut. Tempoh pelaburan dalam amanah saham sangat penting bagi menilai prestasi sesuatu dana amanah. Menilai prestasi dana amanah berdasarkan tempoh pegangan yang singkat tidak akan membantu pelabur membuat keputusan yang betul. Malah akan menimbulkan banyak impak yang negatif.

Saya tidak perlukan bukti untuk menyatakan seorang pelabur akan rugi sebaik sahaja melaburkan wang mereka dalam amanah saham. Kenapa? Sebab skim pelaburan amanah saham dirangka untuk manfaat kewangan jangka panjang. Jangan impikan jika anda melabur hari ini - esok, lusa, mingu depan, bulan depan, tahun depan 2 tahun lagi atau 3 tahun lagi anda akan boleh untung!!Lupakan saja!! Tetapi bukanlah mustahil!!!

Tidak juga bermakna, walau pun sudah lama melabur anda akan untung! tidak juga!! Meneliti semula prestasi beberapa dana amanah dalam tempoh 10 atau 20 tahun lepas didapati dana amanah sangat berpotensi untuk dikembangkan sebagai suatu pilihan kepada rakyat untuk menyimpan wang. Sebagai contoh, satu dana amanah yang dilancarkan pada tahun 1981 sehingga kini telah memberikan pulangan sehingga 400% manakala satu lagi dana yang dilancarkan pada tahun 1997 telah memberikan pulangan 117.34% sehingga 30 Jun 2006.

Jadi di mana silapnya? Perlu diakui, bukan semua pelaburan dalam dana amanah membuahkan untung. Ada yang rugi. Kerugian adalah risiko yang perlu diterima oleh pelabur apabila melabur. Bukan dalam amanah saham sahaja. Dalam perniagaan pun begitu. Tetapi apa yang penting, apakah kita telah mengambil langkah-langkah yang perlu dengan menilai semula strategi pelaburan kita? Supaya pelaburan kita menepati objektifnya.

Melabur dalam amanah saham memerlukan kesabaran, disiplin dan strategi yang betul. Pelaburan dalam amanah saham memerlukan sekurang-kurangnya 3 tahun atau lebih bagi menyerap pergerakan harga pasaran sebelum mula menampakkan pertumbuhan modal. Tiada kompromi. Bagaimana pun terdapat pelabur-pelabur yang telah mula mendapat untung pada bulan ke 14. Apakah strateginya? Melabur secara tetap setiap bulan - sebagai satu cara meminimakan risiko.

Amat malang. Sementara kerajaan saban tahun melalui PNB, menganjurkan minggu amanah saham dalam usaha meningkatkan kesedaran rakyat betapa pentingnya menabung, kita dikejutkan oleh laporan yang tidak disertakan fakta-fakta. Laporan sebegini tidak banyak membantu mempromosi indusrti amanah saham di kalangan rakyat.

Lebih menarik, ramai pemimpin termasuk pemimpin kesatuan sekerja turut serta memberi ulasan. Menampakkan keperihatinan mereka membela nasib pekerja. Sepantas kilat memberikan ulasan!! Agak meragukan: sempatkah mengumpul fakta, membuat sedikit analisa??? Atau sekadar untuk memeriahkan suasana!!!

Pelaburan dalam amanah saham ada peraturannya. Ada Suruhanjaya Sekuriti,Ada Pemegang Amanah yang menjaga kepentingan pelabur. Ada Penasihat Syariah, ada UMTC, ada FMUTM. Siapa yang ambil tahu?? Prospectus dana amanah sudahkah habis dibaca, difahami sebelum melabur?? Tak perlu baca!! Biar perunding amanah terangkan?? Prestasi dana dalam tempoh 5 tahun lepas sudahkah diselidik?

Kita hidup di dunia ini, tiada yang percuma. Risiko ada di mana-mana. Memandu, risikonya kemalangan, kecederaan, kematian!! kenapa kita masih memandu? Merokok, risikonya membahayakan kesihatan!! kenapa masih merokok? kenapa kita masih melakukannya tetapi begitu takutkan risiko pelaburan? Ingin berniaga, ingin untung besar tetapi tidak mahu keluarkan modal!!

Seharusnya, kita bersama-sama kerajaan mendidik masyarakat dalam membudayakan amalan menabung, merancang keperluan kewangan pada masa hadapan.

Sekurang-kurangnya, dengan usaha-usaha yang berterusan akan mencetuskan kesedaran: untuk menabung bagi tujuan bayaran yuran sekolah anak-anak tahun hadapan.

Supaya tiada lagi yang mempertikaikan kenaikan yuran sekolah sebanyak RM50 setahun tetapi dengan senyum simpul membayar bil Astro RM 74.95 sebulan.

Monday, August 07, 2006

 

80% Pencarum KWSP Rugi Dalam Pelaburan Amanah Saham - Mingguan Malaysia 6 Ogos 2006

Mingguan Malaysia 6 Ogos 2006 melaporkan lebih kurang 80% pelabur yang melabur dalam unit trust melalui skim pengeluaran wang KWSP rugi dalam pelaburan mereka.

Kenapa rugi?? Pertamanya pelabur harus memahami, ada risiko yang perlu dihadapi apabila melabur dalam unit trust. Setiap dana ada risikonya, samada berisiko rendah, risikonya sederhana atau risikonya tinggi. Setiap pelabur mesti bersedia menerima risiko dan perlu tahu menangani risiko yang ada.

Sebagai pelabur, anda perlu mengenali diri anda, profile anda sebagai pelabur. Anda seorang pelabur yang aggresive? moderate? atau konservatif?

Seorang pelabur WAJIB membaca PROSPECTUS dana pelaburan yang ingin disertainya. Pelabur perlu tahu apakah objektif dana tersebut, risiko, strategi pelaburan, yuran-yuran yang perlu dibayar dan lain-lain.

Bergantung sepenuhnya kepada maklumat yang diberikan oleh agen bukanlah pilihan terbaik. Ingat!!! agen adalah jurujual dan bagi jurujual, produk mereka adalah terbaik!!!.AWASS!!

Pelabur yang baik, akan membuat sedikit penyelidikan berkenaan dana yang menjadi pilihannya untuk melabur. Sekurang-kurangnya mengetahui prestasi dana tersebut bagi 3 atau 5 tahun lepas.

Seorang pelabur perlu tahu apa yang diingininya apabila melabur. Matlamat kewangan yang ingin dicapai, berapa lama tempoh yang diperlukan untuk mencapai objektifnya.

Melaburlah dengan cermat, berdisiplin. Awasi pelaburan anda setiap masa. Adakah pelaburan anda menepati objektifnya dan fikirkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan pelaburan anda berada dilandasan yang anda mahukan!!!

This page is powered by Blogger. Isn't yours?