Monday, August 07, 2006

 

80% Pencarum KWSP Rugi Dalam Pelaburan Amanah Saham - Mingguan Malaysia 6 Ogos 2006

Mingguan Malaysia 6 Ogos 2006 melaporkan lebih kurang 80% pelabur yang melabur dalam unit trust melalui skim pengeluaran wang KWSP rugi dalam pelaburan mereka.

Kenapa rugi?? Pertamanya pelabur harus memahami, ada risiko yang perlu dihadapi apabila melabur dalam unit trust. Setiap dana ada risikonya, samada berisiko rendah, risikonya sederhana atau risikonya tinggi. Setiap pelabur mesti bersedia menerima risiko dan perlu tahu menangani risiko yang ada.

Sebagai pelabur, anda perlu mengenali diri anda, profile anda sebagai pelabur. Anda seorang pelabur yang aggresive? moderate? atau konservatif?

Seorang pelabur WAJIB membaca PROSPECTUS dana pelaburan yang ingin disertainya. Pelabur perlu tahu apakah objektif dana tersebut, risiko, strategi pelaburan, yuran-yuran yang perlu dibayar dan lain-lain.

Bergantung sepenuhnya kepada maklumat yang diberikan oleh agen bukanlah pilihan terbaik. Ingat!!! agen adalah jurujual dan bagi jurujual, produk mereka adalah terbaik!!!.AWASS!!

Pelabur yang baik, akan membuat sedikit penyelidikan berkenaan dana yang menjadi pilihannya untuk melabur. Sekurang-kurangnya mengetahui prestasi dana tersebut bagi 3 atau 5 tahun lepas.

Seorang pelabur perlu tahu apa yang diingininya apabila melabur. Matlamat kewangan yang ingin dicapai, berapa lama tempoh yang diperlukan untuk mencapai objektifnya.

Melaburlah dengan cermat, berdisiplin. Awasi pelaburan anda setiap masa. Adakah pelaburan anda menepati objektifnya dan fikirkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan pelaburan anda berada dilandasan yang anda mahukan!!!

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?